Karnival Jom JPJ Negeri Johor bakal diadakan di Kawasan Parlimen Sekijang pada 23 April ini, di Dewan Serbaguna Paya Pulai bermula jam 8.00 pagi.
Pelbagai pengisian bakal berlangsung termasuk;- Diskaun saman kes kompaun (kecuali kes AES dan kes mahkamah)
- Pemeriksaan motorsikal untuk LKM(roadtax tamat tempoh melebihi satu tahun)
- Pengumpulan data warga emas berumur 45 tahun ke atas(yang tidak memiliki sebarang lesen memandu)
- Pembaharuan lesen memandu
- Semakan senarai hitam, tarikh luput lesen memandu dan LKM
- Pembayaran saman
- Pindaan alamat
- Permohonan ID portal orang awam
- Pameran awam/swasta
- Gerai jualan
Orang ramai yang tidak mempunyai lesen berpeluang memperoleh Lesen Motorsikal B2 pada harga yang rendah melalui 2 program, Satu Komuniti Satu JPJ, dan MyLesen, turut akan diadakan. Program Satu Komuniti Satu JPJ untuk warga emas berumur 45 tahun keatas dan orang asli berumur 21 tahun keatas. Manakala program MyLesen untuk warganegara Malaysia berumr 16 tahun keatas.
No comments:
Post a Comment