Saturday, 20 June 2015

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat : MP Sekijang kepada Menteri Kewangan (Isu Ketirisan pemberian BR1M)

Daripada : YB Tuan Anuar bin Abd Manap
Tarikh     : 08.06.2015

YB Tuan Anuar ABd Manap (Sekijang) minta Menteri Kewangan menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam memastikan ketirisan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M) kepada rakyat yang tidak layak menikmatinya tidak lagi berlaku.





Jawapan :

Tuan Yang di-Pertua,

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah bermatlamat untuk membantu meringankan sebahagian beban hidup rakyat berpendapatan rendah bagi membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain. Bantuan ini diberikan secara menyeluruh kepada semua yang layak, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. BR1M akan meningkatkan perbelanjaan rakyat seterusnya membantu dalam memacu ekonomi dan menjanapertumbuhan perniagaan domestik. BR1M juga boleh menambah sedikit simpanan bank jika mereka ada baki.

BR1M telah bermula pada tahun 2012. Secara keseluruhannya, sehingga tahun 2015, sebanyak RM 13 bilion telah diperuntukan bagi pengagihan BR1M yang memanfaatkan hampir 7.4 juta penerima. Peruntukan ini menggunakan perbelanjaan mengurus B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, butiran 020500 yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan adalah ditampung melalui kutipan hasil Kerajaan sentiasa memastikan penggunaan hasil dan perbelanjaan Kerajaan secara berhemat dan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, Kementerian Kewangan tiada pecahan penerima BR1M mengikut kaum dan masyarakat. Pecahan penerima BR1M mengikut tahun adalah seperti berikut;


Pada tahun 2015. sebanyak 6.4 juta penerima (89%) yang telah mengemukakan maklumat akaun dah menerima bantuan mereka terus ke akaun bank mereka, manakala baki sebanyak 820 ribu penerima (11%) masih menerima BR1M melalui baucar.

Tuan Yang di-Pertua,

BRIM hanya diberikan kepada mereka yang lulus tapisan semakan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. Bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan BR1M proses verifikasi dilaksanakan secara menyeluruh setiap tahun dengan semakan bersama data-data dari pelbagai agensi, antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja.

Sekiranya terdapat penerima yang mengadu masih belum menerima BR1M mereka, semakan boleh di mana-mana cawangan LHDN atau dengan menghubungi hotline 1-800-88-2716.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Kewangan akan meneruskan inisiatif BR1M pada masa akan datang bagi membantu meringankan sebahagian beban perbelanjaan harian rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan akan meneliti dan membuat penambahbaikan ke atas program BR1M supaya objektif Kerajaan ke arah peralihan subsidi bersasar tercapai.

No comments:

Post a Comment